Thursday, July 23, 2009

Sejak sekampus..

Sejak sekampus mulai 27 Jun 2009, Abg selalu ternampak dia... atau mungkin Abg yg sengaja mencari-cari dia kot...

Hari dia datang kampus, Abg sengaja turun KK, menginap di rumah sewa di KF. Hari pendaftaran, kereta awam tak boleh masuk kampus. Jadi Abg dengan senang hati jadi driver urus itu, ini hal pendaftaran... Abg punya kereta ada sticker... so tak ada masalah nak keluar masuk kampus. Rasa bangga amat dapat membantu. Abah dia pula tak habis-habis berterima kasih. Cool Daddy...!

Di sini dia memang kelihatan seorang yang sangat sempurna. Senyum sentiasa terukir di bibir. Dikelilingi ramai kawan. Bergurau senda, ceria... Sebaliknya, tiada siapa yang tau dia sebenarnya masih sedang trauma. Kerana pak cik Abg seorang psikiatrist lah yang buat Abg jadi terjumpa dengan dia... Ha...psikiatrist???? Tidak kah itu kronik???

Huhhh... Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu... aku ingin menjadi... sesuatu yang mungkin bisa kau rindu... kerana....