Wednesday, January 21, 2009

Cinta Bersegi-segi

Menyintai seseorang yang tidak menyintai kita adalah suatu penyiksaan. Dicintai oleh seseorang yang tidak kita cintai juga adalah suatu penyiksaan. Tidakkah ini suatu kegilaan? Aku dipilih untuk berhadapan dengan cinta yang bersimpang siur... dan banyak segi-seginya. Ha ha .. bukan setakat tiga segi...

Di saat tekanan dan kesedihan datang menghimpit... DIA lah orang yang jadi mangsa. Mendengar semua keluhan dan luahan... Tapi apabila aku dituntut hubungan yang lebih daripada seorang kawan... aku larikkk jauh2 dan laju... laju... Hmmm.... memang aneh... kerana DIA masih ingin datang sebagai kawan.

Adik pula... jangan cakaplah... ada ramai orang-orang-orang-orang... yang dalam 'waiting list'. Ada yang sampai tahap kuar makan lagi.... (aikk... macam pasang spy jer... he he he). Bukan sekali ada perasaan ingin menarik diri... dan terima untuk disayangi daripada menyayangi tetapi tak disayangi..... dah banyak kali dah mencuba tetapi.... akhirnya... Adik juga... Adikkkkk juga! Napa yer???? Aneh betul!!! Mungkin juga aku ni jenis nak "Yang Besar-besar Saja". Wah! macam lagu... Dan dia pun nak "Yang Besar-besar Saja". 

Arrgghhhh...! Pi Mai... Pi Mai... tang tu... jugak...

Ok Have a Nice Day...