Tuesday, August 7, 2007

25 April 2007

25 April 2007. Apa yang special dengan tarikh ini?? Kalau nak tahu... inilah tarikh pertemuan aku dengan Adik... menjadi titik tolak kisah aku dan Adik.

Pada tarikh ini, Lan melawat pakcik di bandar K. Lan tiba di bandar K pada pukul 4.30petang. Sejam lepas tu, Lan ikut pakcik untuk jemput anaknyer di kelab Karate Do. Sampai di sana sessi latihan belum tamat sepenuhnya. Jadi sementara menunggu latihan tamat Lan dan Pakcik mengambil tempat di sudut dewan. Mata ini terpaku pada satu perlawanan seorang budak perempuan dengan seorang budak lelaki yang sedang berlatih... Lan kagum dengan kekemasan pergerakan budak perempuan itu. Wajahnya belum dapat Lan tengok lagi masa tuh. Tapi... mata terus mengekori pergerakannya. Adalah nampak sipi-sipi jer...

Abis sahaja sesi latihan... Gadis tadi menyengih dan melambai-lambaikan tangannya apabila ternampak pakcik Lan... Baru nampak betul wajahnya yang kemerah-merahan... hati jadi tak keruan kerana wajahnya yang sangat comel... aduh... cutenyer... walaupun rambutnya masa tu serabai, berpeluh. Bagai tak percaya, si dier datang ke arah Lan dan Pakcik... Senyum jer dier ni...cute... Dalam hati berkata "alamak, jodoh kot!" (Ciss cepatnya aku menyimpan harapan...)

Pakcik pun memperkenalkan kami.. "Lan... ini Z client pakcik... (pakcik Lan seorang kaunselor), err.. Z, ini anak sedara uncle, Nor Azlan... kenal-kenallah". Dengan perasaan yang perasan dan tengah kacau bilau, kuhulurkan tangan untuk bersalaman... Aduss...tangan yang kuhulur tidak bersambut... sebaliknya dibalas dengan tatapan dan senyuman cute darinya. Katanya;"err... tak payah lah salam... err sori yek"

Adusss... Malam tu balik jer rumah pakcik... Lan interview dier macam-macam tentang Z... dan... malam tuh susah betul nak tidur... mata tak boleh lelap. Asyik terbayang-bayang kisah di kelab siang tadi....

Bukan pes taim jumpa girl.... tapi tak sama dengan yang ini...