Sunday, May 31, 2009

Kerana dia.. aku menangis... Tanggalkan sisa kewarasanku... oh!


MySpaceKerana Dia Aku Menangis
Tanggalkan Sisa Kewarasan Ku
Rela Melepaskan Kemudi Di Tangan
Di Kala Ribut Gelora Datang Mendera Sang Kera

Kerana Dia Aku Menangis
Padamkan Gaya Dan Perasaan
Sanggup Memutuskan Pertalian Diri
Kepada Selain Dia Yang Ku Damba

Ku Tenggelam Dalam Rindu
Tidak Berdasar Dan Bertepi
Ku Terdampar Dalam Sendu
Tidak Bernoktah Dan Berhuruf
Ku Terkorban Dalam Cinta
Tak Beralasan Dari Lembar
Satu Lagi Tak Terjanjikan
Ranjang Mawar Yang Ku Mimpi
MySpace

Kerana Dia Aku Menangis
Padamkan Gaya Dan Perasaan
Sanggup Memutuskan Pertalian Diri
Kepada Selain Dia Yang Ku Damba

Ku Tenggelam Dalam Rindu
Tidak Berdasar Dan Bertepi
Ku Terdampar Dalam Sendu
Tidak Bernoktah Dan Berhuruf
Ku Terkorban Dalam Cinta
Tak Beralasan Dari Lembar
Satu Lagi Tak Terjanjikan
Ranjang Mawar Yang Ku Mimpi
Ku Mimpikan
Yang Ku Mimpi
MySpace

Friday, May 29, 2009

Bunga-bunga sedang segar dan mekar... sedangkan ais pula semakin beku dan dingin....

Dah lama tak ambik peduli pasal dia. Ingatkan dia tau nak cari aku balik... tapi makin jauh lagi ada. Tapi aku memang tidak pernah berhenti berharap, walaupun pernah berangan-angan untuk berhenti berharap... supaya aku boleh cari haluan lain yang membahagiakan. Tapi sejauh-jauhpun kaki melangkah... setinggi-tinggi langit aku terbang... aku akan tetap kembali mengenang dia Kerana tiada yang sebanding dengannya... Dari pengalaman aku lah... Bukan tak cari... dah cuba tapi tak ada lah... tak ada...

Adakalanya bunga-bunga di hati ini macam nak layu... tapi akhirnya akan jadi segar semula... Mekar... dan menjadi penghias dalam hidup ku... Tapi... apalah ertinya bunga-bunga mekar itu andainya hanya aku saja yang membelai dan membajanya... sedangkan dia... kalau boleh... hendak diracuni lagi.

Dia dingin... saaannggaaat dingin. Seolah-olah tiada perasaan. Entah... sampai bila harus begini. Penatlaahhhhh...

Sunday, May 17, 2009

Persembahan Pilihan Konsert Akhir AF7. Babai AF...


Tiada yang sehebatnya.... Luv you... Muaahhhhhkksss!

Monday, May 11, 2009

Persembahan Pilihan Konsert 9 AF7 - AF HEBAT...YEYYY!!!!


He he he..... taaakkkk sebenarnya AbangLan mana tau mana satu persembahan paling baik... AbangLan dah tak tengok AF... Dah tak minat pun....! Buang masa jer. Baik AbangLan buat keja yang lebih berfaedah daripada nengok AF mengarut ni!!! Abang dah makin nyampah ler!! Ampaaluuusss..... huu huuuu

Sunday, May 3, 2009

Persembahan Pilihan Konsert 8 AF7 - AF semakin mengarut!!

Minggu ke-8, AbangLan pilih Claudia. Dia memang pandai berlakon, pandai menyanyi dan ada stage present. Lagi sekali... out jugak dek AFUNDI... Ni yang buat AbangLan fade up nak AFUNDI apa-apa musim ni.

AF ni sebenarnya nak cungkil apa yer...??? Betul kah nak cungkil bakat??? Nampak macam nak cungkil dompet n poket korang-korang jer... Menyampah tau!!! Buktinya... undian pukal yang diperkenalkan Astro. Cara undian begini menyebabkan pelajar yang peminatnya berpoket tebal jadi pemenang... walaupun sebenarnya dorang ni 2/3 kerat jer... Yang peminatnya ramai tapi poket masing-masing nipis... akan duk carta terbawah, akhirnya out. Memang AF mengarut!!!!


Sekarang ada AFMASUK la pulak... buat mengabihkan duit korang-korang yang mengundi jer... Isu AFMASUK ni timbul sejak si Awok tu out. Sure nak juarakan si Awok lah tu... heee... just wait n see je lah... dan Abang Lan nak kempen... jangan undi apa-apa... he he he... Baik kita gi menderma untuk orang-orang susah dan lebih memerlukan.. dapat pahala buat bekalan di akhirat kelak. Astro dah kering poket lah tu agaknyer... Hisshhhh AbangLan sayang tol dengan duit... AbangLan lebih suka gi shopping beli barang untuk diri sendiri daripada AFUNDI.... kerr... AFMASUK ker... AFKUAR ker... apa-apa lah...!

Saturday, May 2, 2009

Persembahan Pilihan Konsert 7 AF7

Dah lama Abg Lan menunggu untuk berpeluang pos bende ni. Abg Lan sibuk bebenar minggu lalu dengan exam. Nak pukul yang kaw kaw punya nanti... supaya result gempak. Alhamdulillah hari ni ada kesempatan buat posting lagi, walaupun malam ni dah nak konsert secara langsung yang ke-8.

Lagi sekali undian SMS menyingkirkan best performer.... Aril dengan lagu NAKAL