Sunday, April 19, 2009

Persembahan Pilihan Konsert 6 AF7

Tak setuju sungguh Qhaud tersingkir. Macam ni punya hebat pun out??? Something is wrong!! Tapi tak apa, pasti rezeki Qhaud akan murah selepas ini. Yang patut out malam semalam ialah YAZID. Sorry kalau terlebih...

Saturday, April 18, 2009

Photo Curi ZZ

Comel kan dia... anak kacukanlah katakan... Actually... gambar ni AbgLan curi tahun 2007 lagi... masa ni dia tengah tunggu result SPM.. dalam bulan 12 lah. Tempat AbgLan "mencuri" ni ialah di Kelab Belia, ada latihan Tae Kwon Do di sana. ZZ dah mahir Karate Do tau... masa curi gambar ni ZZ baru berjinak-jinak dengan Tae Kwon Do. Rasanya... ZZ tak tau tentang kewujudan gambar ni. Baru sekarang AbgLan tampilkan... he he he... Ni lah gambar dalam handphone yang menjadi teman ketika diriku dilanda rindu.... cheee waahhh!

Friday, April 17, 2009

ZZ lagi...

Memang sedang sibuk ketika ini... Final exam dah menyapa....

Hmmm sibuk... sibuk juga... tapi dia yang sorang ni tetap menjengah dalam fikiran. Tak boleh tidak dalam seharipun untuk AbgLan tak fikir tentang dia. Bangun subuh... teringat... dah solat kah dia? Masa nak sarapan tu teringat lagi... sarapan apa dia pagi ni? Makan tengah hari... solat Zuhur, solat Asar, solat Maghrib, solat Isyak... teringat lagi dan lagi... entah sampai berapa kali... Setiap kali itu jugalah doa tidak pernah lekang buat dia. Semoga semua urusan dipermudahkan hari ini... diberi keselamatan... dikurniakan akhlak yang baik.. kesihatan yang baik... dan segala-galanya lah...

Dia sekarang ni kerja "suka-suka" katanya... Dia memang tak suka duduk diam. Dia keja ikut Abah dia. Abah yang reallyyyyyyy.... fuhhhh... best! Penyayang sangat! Macam dia jugalah... penyayang n very neat!

Bulan 4 ni kerja di ofis Abah dia memang berlambak-lambak dan urgent! Kena siap sebelum 30 April. Tiap-tiap tahun macam tu. Datang bulan 4 jer... naik histeria dibuatnya anak-anak buah Abah dia tu...! Mujur dia datang bantu abah dia. Walaupun dia masih di peringkat belajar... tapi... dia seorang yang optimis, dan eager to learn... and... quickly pick up pula tu...

Dalam pada dia membantu Abah dia di ofis tu... dengar-dengarnya... ramai pula cowok-cowok... yang ganteng dan yang tidak ganteng pun ada hati nak memotong barisan...Cissss....! Menyampah aku tau tak. Tapi tak apa... Allah itu maha adil dan maha mengetahui... AbgLan cuma mampu berdoa dan bertawakkal saja. Yang lain-lain tu... kerja Allah...

Tapi... AbgLan masih terlalu sayang akan dia... AbgLan takut kehilangan dia... Arrrghhhhh tidak!!!!!!!

Ok ok.... nak gi solat dulu lepas ni... doa banyak-banyak dan nak sambung study!

Monday, April 13, 2009

Persembahan Pilihan Konsert 5 AF7

Hmmm... persembahan mereka ni paling menambat hati Abang Lan... Actually Abg Lan rasa, kekuatan persembahan ini terletak pada MARSHA... Aril pula... nampak macam berbunga-bunga hatinya pada Marsha...

Friday, April 10, 2009

Siapakah Gadis Sabah Yang Comel Ini?


Ada tak sesiapa kenal dengan gadis Sabah yang comel ni? Nama dia siapa erk? Comel betul kan? He he he... nanti je lah Abang Lan bagi tau... Gambar-gambar ni ambik dari blog Gidong Noumad.

Monday, April 6, 2009

Persembahan Pilihan Konsert 4 AF7

Ini dia Akim, Destinasi Cinta

Wednesday, April 1, 2009

Dari ZZ form 5 hingga ZZ abis matrik.

Hmmm cepat masa berlalu kan... Masa pertama kali kenal ZZ, bulan 4, tahun 2007 masa tu dia baru form 5. Abang Lan pula masa tu baru abis exam matrik.

Heh heh... sekarang ni dah tahun 2009, bulan 4 juga. Sekarang ZZ dah abis matrik. Matriknya tempat Abglan matirk dulu jugak la... Sekarang Abglan dah nak habis tahun 2 pun di UMS ni. Kemungkinan besar ZZ pun akan masuk UMS juga tak lama lagi. Ini bulan 4 yang kali ketiga sejak jumpa ZZ.

Huuuhhh!!! Jumpa pun masa tu kebetulan saja. Langsung tak pernah terfikir nak jumpa sesiapa di tempat uncle. Lepas tu ZZ masuk matrik, dekat pula dengan keluarga Abglan. Kalau dia masuk UMS nanti.... kami akan berdekatan pula...

Selama dua tahun kenal ni... Abglan tak henti-henti berharap agar dapat menjadi lebih daripada seorang kawan. Abglan nak kalau boleh jadi orang yang bersama dengannya sampai ke hari tua.

ZZ pula dalam dua tahun kenal ni, sama saja.... masih anggap Abglan ni tak lebih daripada seorang abang dan sahabat. Tapi hubungan kami berjalan baik... dan masih kekal sebagai sahabat. ZZ lebih senang ada abang atau sahabat daripada ada "kekasih". Abglan hormati pendirian ZZ. ZZ pun sentiasa positif dengan Abglan... dia tak pernah rasa "besar kepala"(mentang-mentang ada orang sayang kannn....)

Dan... mungkin sebab saling menghormati itulah punca kekalnya hubungan antara kami... meskipun tidak lebih daripada sebagai seorang sahabat. Abglan tetap berdoa agar suatu hari nanti pintu hatinya akan terbuka untuk menerima.... seadanya!